Thursday 24 November 2011

ibu adik sedih....

Bila dah besar nanti kita nak kerja sama  macam ibu dan ayah kita, kita nak suruh ibu kita duduk relex kat rumah pulak, biar kita je yang kerja. Ibu kita selalu sibuk kerja, kita selalu tak dapat jumpa ibu kita. Hari cuti pun ibu kita kerja juga, jahat betul bos ibu kita tu selalu suruh ibu kita kerja banyak2.

Kita pernah pergi kat tempat kerja ibu kita, kita tengok ramai orang lelaki yg sama kerja cam ibu kita, badan mereka beso beso, badan mereka montel2, badan mereka gemuk2, kerja cam ibu kita mesti lah kuat kan tapi kenapa asyik ibu kita je yg kerja, kan ibu kita tu perempuan, kenapa orang lelaki yg kat tempat ibu kita tak kerja banyak macam ibu kita, bila kita tanya mak long kita, mak long ckp org lelaki kat tempat ibu kita dah tak kuat sangat kerana mereka banyak penyakit,  sebab tu ibu kita yg perempuan je yg  kena kerja banyak2.

Esok kita dah nak kena sunat, abang Mirul pun sunat dgn kita juga tapi abang Mirul ada ayah yang akan teman kan dia g hospital, abang Mirul ada ibu dia yang akan pujuk dia jangan nangis masa nak kena potong nanti.
Kita pun teringin juga ada ayah yang nak teman kan kita g hospital....kita teringin juga ada ibu kat sebelah kita pujuk kita kalau kita rasa nak nangis masa nak potong nanti....tapi kita tak de ayah tak de ibu sama2 dgn kita. Kita cuma ada tok wan, tok ki, ayah je, ayah ngah, ayah teh, ayah ndak, ayah njang, ayah chik, mak ngah, mak ndak, mak njang, mak itam, mak cu, mereka itu semua mak sedara kita..ayah sedara kita..mereka yg sayang dgn kita.

Sampai hati bos ibu kita kan tak bagi ibu kita cuti tengok kita nak sunat.
"Ibu adik kan anak ibu, napa ibu tak mau balik tengok adik sunat, adik je la seorang anak lelaki ibu. Adik sedih bila tengok semua org sunat ada ibu dgn ayah dia tp adik takde..adik sedih ibu..cuma adik tak cakap dengan semua orang je..krn adik tau ibu kerja."

Jahat betul orang kat tempat kerja ibu tu kan, sampai hati mereka buat kita yg budak kecik cam gini, kita nak doa biar org jahat kat tempat kerja ibu tu rasa cam mana kita rasa sekarang, kerana mak long cakap doa orang yang teranyaia tu adalah makbul. Mak Long kata lagi, kita lah antara salah satunya orang yg teranyaia tu....
"Ya Allah ya rasullah...biarlah mereka rasa apa yang kita  rasa saat ini...bertapa sedih nya rasa kehilangan..bertapa pedihnya bila tak de ibu ayah....moga Allah swt balas kekejaman yang orang buat pada kita dan kakak kita... amin...amin...amin ya rabal alamin..

** kerja diutamakan..keluagra diketepikan..
hilang sudah nilai kemanusian, memutuskan kasih sayang antara ibu dan anak....
menghalang tanggungjawab seorang ibu...
di akhirat anda jawab la nanti yea..
kerana siapa yang makan cili pasti akan rasa pedasnya cili itu...

**seorang lelaki datang kepada Abdullah bin Mubarak, mengadukan perihal anaknya.
Abdullah bertanya : "Adakah engkau telah menyakitkannya?"
Lelaki itu berkata : " Ya"
Abdullah lalu berkata : "Kau telah merosaknya. Disunatkan mengasihi anak."

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...